Selasa, 15 Julai 2014

Cinta Aku Hanya Untukmu

Cinta..apa itu cinta sebenarnya.Adakah cinta itu indah?adakah cinta itu boleh beri kita kebahagian?adakah cinta itu hanya sekadar sebutan di mulut dan tiada apa-apa makna?sehingga kini aku masih lagi mencari apa itu erti cinta.Namun tiada jawapan untuk aku.Aku bingung,memikirkan hal demikian.Setiap hari aku berfikir.Kenapa cinta itu wujud.
Begitu banyak persoalan kan.okey lah..aku nak story la sikit pasal cinta aku.mungkin ada yang suka...mungkin ada yang tak suka..biarlah janji ak dapat share story aku..
Kisah cinta aku bermula pada 29.9.2012.aku berkenalan dengan seorang gadis yang bernama Normala.Cara perkenalan aku bermula bila dia misscall no.tel aku.Aku tertanya-tanya siapa yang misscall aku.Aku pun terus call balik.Aku tanya ‘’siapa ni?’’dan aku tanya lagi..”macam mana awak dapat no.sy?’’lalu dia jawap..”mintak dengan kawan’’dari situ la bermulanya perkenalan aku dan dia.
Sejak dari itu dia selalu sms pada aku..call aku..boleh dikatakan setiap hari.Lama kelamaan aku terasa sesuatu yang menarik tentang dia.Aku pon minta couple dengan dia.Dye pon terima.Firstday aku couple dengan dia..aku terus pergi jumpa dia.Pada mulanya agak malu nak berdepan dengan dia..maklum lah baru kenal.Firstime jumpa aku duduk jauh dengan dia..sebab aku malu lagi dengan dia.Kemudian kitorang jumpa lagi..aku dah jadi tak malu dah.aku cuba nak pegang tangan dia..tapi dia tak marah..seolah-olah dia suka juga pada aku.
Aku tak tunggu lama.Aku terus pegang tangan dia.Dia senyum je bila aku pegang tangan dia.Perasaan sayang mula membara dalam hati aku.Aku harap dia pon sama seperti aku.Selepas dari hari tu,aku selalu jumpa dengan dia.Boleh dikatakan setiap minggu aku berjumpa dengan dia.Rindu katakan.Hubungan aku dengan dia semakin hari semakin romentik.Dah macam suami isteri langsung tak boleh berenggang.Tiap-tiap malam aku sms dia,call dia.Dia pun sama,kalau aku lambat sikit balas sms dia..dia dah risaukan aku.Sama juga dengan aku.
Aku sangat bahagia masa itu.Tapi dalam bahagia tu aku kena fikir juga pasal pelajaran dia.Aku taknak lah disebabkan aku pelajaran dia entah kemana.Aku selalu berpesan kepada’’kita nie bercinta..bercinta juga..tapi pelajaran jangan dilupakan pula’’dia pun dengar apa yang aku kata tu.Dia baru tingkatan empat waktu tu.sebab tu lah aku suruh dia fokus pada pelajaran sebab tahun depan dia nak SPM.Sudah masuk tahun 2013,dia pun sudah tingkatan 5.Hubungan aku dengan dia seperti biasa.Selalu juga bertemu.Kalau bertemu je mesti nak kena pelok dulu sebab rindu kan.Kadang-kadang tu kitorang jarang jumpe sebab dia banyak homework nak kena buat.Aktiviti sekolah lagi.Aku kesian juga dekat dia sebab penat.
Aku faham keadaan dia.Aku pon kadang-kadang penat bekerja.Ada masa aku kena kerja 24 jam.Memang penat..sampai tak ada masa untuk aku bersama dia.Aku harap dia faham dengan keadaan aku.Aku sayang sangat-sangat dekat dia.sampaikan aku lupakan segala-galanya.Dalam fikiran aku hanya ada dia seorang je.Pagi petang siang dan malam aku fikirkan dia.
Aku dengan dia jarang sekali betengkar.Ada masanya aku betengkar juga dengan dia.Dalam perhubungan biasa la.Ada lah asam garamnya kan.Tapi biasanya aku yang selalu mengalah.Sebab aku terlalu sayang dan cintakan dia.Aku minta maaf dengan dia.So hubungan aku dengan dia macam nie lah.Kalau ada masalah,kitorang berbincang.Kalau ada masalah boleh tolong menolong.Begitulah aku dengan dia.
Ada satu hari tu,dia kemalangan.Aku sudah risau sangat2.Aku dah tak tau nak bua apa.Nasib baik kawan dia ada.Kalau tak..tak tahu lah apa yang jadi dengan dia.Aku cuba nak berjumpa dengan dia tapi aku dihalang dengan ketua tempat kerja aku.Jadi aku tak dapat berjumpa dengan dia.Aku hanya dapat call dia je.Nak tau keadaan dia macam mana.Aku nak sangat tengok dia dekat rumah dia.Nak tegok teruk ke tak kecerderaan dia.
Aku rasa lega bila dia kata dia okey.Tak lah aku risau sangat.Tapi dalam hati aku nie..memang xleh berhenti berdebar..sebab terlalu risaukan dia.Selepas dia baik dari kecerderaan dia.Aku terus pergi jumpa dengan dia.Aku dah tak tahan sebab sku terlalu rindukan dia.Aku selalu suruh dia makan ubat supaya dia cepat sembuh.Selepas dia sembuh,aku selalu suruh dia datang rumah aku.jumpa dengan mak aku.boleh dikatakan setiap minggu dia datang rumah aku.Kecuali bila musim hujan je.Yelah takkan nak suruh dia datang dalam hujan.Aku taklah kejam sampai macam tu sekali.
Beberapa bulan kemudian dia dimasukkan ke dalam hospital sebab demam yang teruk.Pada hari yang dia dimasukan hospital..keadaan aku dan family aku tak mengizinkan aku untuk melawat dia.Aku dah banyak kali cuba untuk cari masa untuk melawat dia dekat hospital.tapi tu lah..dengan duit tak ada.nak makan pon susah.aku terpaksa berkerja 24 jam..48 jam..Aku dah mula tak sedap hati dengan dia.Dia selalu sms dekat aku,,”bila nak datang melawat”bila aku dapat sms tu.aku menangis.Aku tak dapat tahan perasaan aku.Aku sedih sebab aku selalu tak ada bila dia perlukan aku.Ya Allah tolong HambaMu ini Ya Allah..Aku berdoa supaya permudahkan uruskan aku.Aku nak sangat jaga dia dekat hospital tu.
Beberapa hari kemudian dia keluar dari ward.Pada hari yang dia keluar.Ak baru lah dapat kebenaran untuk berehat dan ada peluang aku untuk jaga dia di hospital.Tapi tak sempat juga aku nak jumpa dengan dia.Seminggu kemudian aku berjumpa dengan dia.Aku tanya keadaan dia macam mana?dah makan ubat ke belum.Then kitorang macam biasa lah..jumpa..lepak sama2..


Dua bulan lepas tu,aku dah jarang jumpa dia.Dia kata dia nak fokus pada pelajaran pulak SPM dah nak dekat.So aku paham keadaan dia.Aku biarkan lah dia study lebih sikit.Aku tak nak dia gagal dalam SPM nanti.So biar lah dia fukos on study.Tapi aku tetap call dia..sms dia...rindu kan...kena la call jugak..nk tau keadaan dia macam mana.Karang cakap kita tak pedulikan dia pulak.Hari demi hari dengan dia bahagia selalu.Selalu gembira,jarang sekali untuk bersedih.Berjumpa selalu..Sms dengan call jangan cakap lah...beribu-ribu sms dalam fon yang tersimpan.Rasa sayang pulak nak buang.Kenangan tu.

Akhirnya sampai waktu untuk dia menduduki SPM..aku jarang da sms dia..call dia..kalau sms pon jarang-jarang sebab dia nak exam kan.Aku tak nak lah ganggu fokus dia.Dia pun sibuk dengan ulangkaji lah..macam-macam lah.so biarkan.Lepas je habis semua paper SPM dia cakap dekat aku yang dia nak kerja.Nak cari duit kata nya sementara menunggu result SPM keluar.Pada mulanya aku taknak bagi sebab aku risaukan dia.Aku taknak lah dia cari orang lain ker..laki lain usha dia ke..yang tu aku risaukan sangat.Aku sayang sangat2 dekat dia...Aku taknak kehilangan dia.Aku terlalu cintakan dia.Aku sanggup buat apa saja untuk dia.Asalkan aku dapat bersama dengan dia selama-lamanya.


Bila aku fikirkan semula,kesian pulak dekat dia.So aku benarkan dia untuk bekerja dibandar.Tempat aku dengan dia bukan jauh mana pun.30 minit perjalanan.Aku harap dia kerja elok-elok lah.Aku taknak lah dia buat perangai pulak.Tak sanggup aku kehilangan dia.Kini Hampir sebulan dia bekerja dibandar.Dah jarang berjumpa,sebab masing-masing sibuk dengan kerja.Hubungan aku dengan agak kureng sikit lah.Sebab aku dah mula rasa lain sejak dia kerja dibandar.Dia dah jarang sms aku,call lagi lah.Memang aku rasa lain.Asyik aku jer yang kena sms dulu,call dulu.Dalam hati aku ni dah rasa tak sedap dah.Aku dah mula risaukan dia.Aku taknak kehilangan.


Dalam bulan Disember 2013,aku ada belikan dia fon.Sebab fon dia selalu heng.Aku belikan lah satu untuk dia.Dalam seminggu dua lepas aku bagi fon tu.Dia cakap dia dah taknak guna Fb dengan Wechat.Aku pon pelik lah kenapa pulak tak nak guna.So aku pon ikut lah rentak dia.Ada satu hari aku terpikir kenapa dia taknak gunakan Fb dengan Wechat.Aku try buka wechat dia.Ya Allah punya sakit hati aku nie bila aku buka wechat dia.Aku tengok pic cover dia..hancur hati aku.Dia letak pic dia berpeluk dengan laki lain.Aku tak dapat berkata apa-apa lagi.Aku pon terus call dia..aku minta penjelasan dari dia.Kenapa dia buat aku macam nie.Kemudian dia jelaskan pada aku.Gambar laki yang dia peluk tu sepupu dia dan dia cakap dia nak melindungi aku dari orang jahat yang nak pukul aku sebab aku couple dengan dia.


Aku jadi pelik kenapa pulak nak kena peluk laki tu kalau nak melindungi aku.Then aku tanya kawan dia,Ida.Aku tanya ida betul ke budak laki tu sepupu dia.Ida pon cakap ya.So aku percaya lah.Tapi 50-50,sebab aku masih lagi ragu.Aku folo rentak dia.Aku nak siasat apa sebenarnya yang berlaku nie.Aku cuba tanya kawan dia ida.Aku suruh dia cerita apa sebenarnya yang berlaku.Tapi ida cakap memang betul budak laki tu sepupu dia.Tapi dari raut wajah ida,aku tau dia tipu aku.okey fine aku folo lagi rentak diorang.Ada satu hari tu aku keluar ke bandar tanpa pengetahuan awek aku.Aku terus pergi ke ida kerja.Aku tanya ida,"mala mana?..ida cakap mala keluar dengan sepupu dia.Aku dah agak dah.Dalam masa yang sama aku terfikir.Takkan lah sepupu punya rapat macam tu.Boleh dikatakan setiap hari diorang keluar bersama.Memang sah menipu.Bila dah nak kantoi,ada pulak cerita yang ada orang dah masuk meminang dia.Tengok dia punya Game.Ada pulak ada orang masuk minang.Keesokan harinya aku push ida.Ceritakan yang sebenarnya.Ida pon setuju nak cerita kat aku.Aku pun terus pergi jumpa ida.


Aku jumpa ida dekat rumah mak sedara dia.Dari situ lah hati hancur berkecai bagaikan kaca yang hacur.Bila ida ceritakan semuanya baru lah aku tau kenapa dia dah jarang nak contex dengan aku.Paling menyakitkan hati ida cakap mala tidur kat rumah budak laki tu.Dekat sebulan dia tak balik bilik.Ya Allah kenapa dugaan macam ni yang harus aku terima.Kemudian aku call dia.Aku cakap aku dah tau semuanya.aku terus letak panggilan aku.Kemudian dia call aku balik,sambil menangis dia call aku..dan dia cakap dia nak jumpa untuk jelaskan perkara yang sebenar.Aku dalam keadaan sedih..marah..kecewa..hampa..aku pon jumpa dia malam tu jugak.Aku nak dengar sendiri penjelasan dia.


Bila aku sampai ke tempat yang dia nak jumpa,aku nampak budak laki tu ada bersama dengan dia.Dalam keadaan marah,aku tanya pada dia.Kenapa buat aku macam ni.Tak cukup ke kasih sayang yang aku bagi.Tak cukup ke apa yang aku bagi.Aku dah bekorban macam-macam untuk kau mala.Kenapa buat aku nie.Kau tau tak yang aku sayangkan kau sangat.Tapi kau buat aku macam ni.Kemudian dia terangkan kenapa dia buat macam ni.''Yang sebenarnya aku dah tawar hati dengan kau.Aku dah tak sayangkan kau sejak dari dulu lagi.Nak tahu kenapa aku dah tak sayangkan kau.Sebab kau penah update status dalam Fb yang kau masih sayangkan Ex kau dulu.Kau tau tak apa yang aku rasa masa tu.Sakit hati,tapi aku sabar.Kedua masa aku kemalangan hari tu,kau ada datang melawat aku tak?tak ada pon.Aku tunggu kau datang.Aku tunggu dari pagi sampai petang.Okey aku faham mungkin kau sibuk dengan kerja.Yang ketiga,bila aku kena tahan dalam wad,kau ada nak datang jenguk aku.Aku dah tak boleh sabar dah.Aku dah mula benci kau sejak dari hari tu lagi.Kau langsung tak ada bila aku perlukan kau.Kau hanya tahu cakap sabar..sabar..tu je yang kau tau..''begitulah kata-kata dia dan aku terdiam tanpa kata apa-apa.

Kemudian aku bertanya kenapa perlu sakitkan hati aku sampai tahap macam ini?dan dia cakap''apa yang kau rasa,macam tu lah apa yang rasa.Aku minta maaf.Aku dah lama nak cakap dekat kau.Tapi aku tak sampai hati nak bagitau kau".Aku terdiam seketika sambil menahan air mata.Aku dah tak mampu nak berkata apa-apa lagi.Lepas aku dengar penjelasan dia aku terus beredar dari situ.Aku biarkan dia bersama teman baru dia.Walaupun berat untuk aku melepaskan dia,aku biarkan dia.Aku pulang kerumah dengan hati yang hancur..sebak dalam dada hanya Allah saja yang tahu.Aku terasa amat terhina atas apa yang terjadi.

Sejak dari hari tu,aku dah tak berhubung dengan dia dah.Aku merantau ke merata tempat untuk mencari ketenangan hati dan jiwa.Tapi kemana saja aku pergi.Wajah dia selalu terbayang.Tak kira kemana saja aku pergi.Wajah dia sentiasa ada dalam ingatan aku.Puas aku cari cara untuk melupakan dia.Tapi perasaan sayang aku terhadap dia masih lagi kuat.Walaupun aku sudah jauh dengan dia.Aku cuba mencari ganti,tapi aku tak mampu.Aku tak boleh terima sesiapa lagi dalam hidup aku nie.Hanya dia saja dalam hati aku ni.

Sekarang aku sudah memulakan hidup baru.Jauh dari ia,jauh dari tempat kenangan.walaupun agak susah pada mulanya.aku kuatkan semangat aku untuk teruskan hidup.Hampir 5 bulan perkara tu berlalu,aku masih ingat lagi pada dia.Aku takkan lupakan dia,sebab aku masih mencintainya.Walaupun aku tak tahu dimana dia sekarang,aku doakan dia sentiasa bahagia.jika dia ingin kembali pada aku,hati aku sentiasa terbuka untuk dia.Hanya dia seorang didalam hati aku nie.Cinta itu penuh dengan kejutan,dan cinta juga mengajar aku erti setia.



Mala walau dimana kau berada aku disini menanti dirimu.Aku akan setia mencintai kau..selamanya.Cinta aku hanya untuk kau seorang.Takkan ada ganti.Aku Cinta Kamu Normala Che Kamarudin.